PAU2019: Empat hari mula 13 November

Mohamad (empat dari kanan) pada sidang media di Menara Datuk Onn selepas mempengerusi mesyuarat MT UMNO di Kuala Lumpur, semalam.
Mohamad (empat dari kanan) pada sidang media di Menara Datuk Onn selepas mempengerusi mesyuarat MT UMNO di Kuala Lumpur, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2019 akan diadakan pada Rabu, bermula 13 hingga 16 November 2019.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan turut mengumumkan tambahan sehari diperuntukkan untuk parti itu mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) sebelum perhimpunan kali ke-73 itu berlangsung.

“Kita perlukan tambahan sehari untuk mengadakan EGM bagi tujuan meminda perlembagaan parti kerana UMNO kini bukan lagi parti kerajaan, Perlembagaan kita terlalu ‘rigid’ dan banyak menghalang.

“Justeru, kita akan meminda untuk membuka seluas-luasnya ruang bagi orang ramai menjadi ahli UMNO. Pindaan ini bagi memudahkan mereka menyertai UMNO,” katanya pada sidang media di Menara Datuk Onn selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pindaan Perlembagaan UMNO juga akan memberikan status autonomi sepenuhnya kepada UMNO Sabah.

Sementara itu katanya, parti itu juga akan menyambut ulang tahun ke-73 pada 11 Mei ini dan sambutan akan diadakan secara sederhana di ibu pejabat UMNO, di sini.

Artikel Berkaitan: