KWSP nyatakan faktor jejas pendapatan pada 2022

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Tahun kewangan 2022 mencatatkan pertumbuhan global yang lebih perlahan dan kadar inflasi tinggi menyebabkan prestasi pasaran menurun sekaligus menjejaskan penjanaan pendapatan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah berkata, ditambah dengan pengetatan dasar monetari oleh bank pusat utama untuk mengekang tekanan inflasi.

"Pasaran pendapatan tetap tidak berkembang dengan baik kerana indeks bon mencatatkan pulangan negatif untuk tahun itu, sebahagian besarnya disebabkan oleh hasil tinggi berikutan kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS yang berterusan.

"Ketidakstabilan geopolitik juga merupakan faktor utama dalam memacu kegelisahan pasaran, dengan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine menyebabkan terkehel besar dalam harga komoditi, ditambah lagi dengan gemuruh pedang antara AS dan China," jelasnya pada taklimat prestasi kewangan KWSP di sini pada Sabtu.

Tambah beliau, pada tahun sama juga menyaksikan penutupan terendah indeks utama eluiti global sejak 2008 yang jatuh antara 20 hingga 30 peratus.

"Di pasaran domestik pula, kontrak niaga hadapan FTSE bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menutup lima peratus lebih rendah tahun ke tahun pada paras sekitar 1,495 mata.

"Bagaimanapun, tidak semua terlibat walaupun prestasi pasaran ekuiti lemah pada tahun 2022. Beberapa sektor seperti tenaga, perladangan, perkhidmatan kewangan dan keperluan asas utama menunjukkan prestasi yang agak baik," ujarnya.

Beliau memberitahu, strategi kepelbagaian KWSP merentasi pelbagai sektor dan geografi membantu memanfaatkan peluang keuntungan dan penjanaan pendapatan.

"Gandingan Alokasi Aset Strategik (SAA) KWSP dengan pengurusan kecairan dan risiko yang teguh menyediakan rangka kerja yang berupaya melindungi dana daripada keadaan sukar," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan, kelas aset ekuiti menyumbang RM30.54 bilion, atau 55 peratus daripada jumlah pendapatan kasar KWSP, lebih rendah berbanding RM41.06 bilion yang dicatatkan pada 2021.

"Bagi 2022, kelas aset ekuiti menyumbang RM30.54 bilion, atau 55 peratus daripada jumlah pendapatan kasar KWSP, lebih rendah berbanding RM41.06 bilion yang dicatatkan pada 2021.

"Ekuiti tersenarai asing, yang menghasilkan pulangan pelaburan (ROI) sebanyak 9.27 peratus, terus menjadi pemacu pulangan bagi kelas aset ini. Portfolio ekuiti persendirian juga menunjukkan prestasi kukuh, mencatatkan ROI sebanyak 13.65 peratus," katanya.

Amir Hamzah berkata, bagi memastikan kesihatan portfolio jangka panjang, KWSP mengambil langkah berhemat untuk menurunkan RM3.43 bilion daripada portfolio ekuiti tersenarai pada 2022, yang lebih tinggi daripada RM1.15 bilion yang dicatatkan pada 2021 sejajar dengan turun naik dalam pasaran ekuiti.

"Manakala sejumlah 74 peratus daripada jumlah keseluruhan datang daripada kaunter patuh Syariah yang berprestasi rendah, yang seterusnya memberi kesan kepada prestasi Simpanan Shariah KWSP bagi tahun tersebut," jelasnya.