Dua varian keluarga baharu MINI

A
A

MINI Malaysia baru-baru ini memperkenalkan dua varian baharu bagi keluarga Mini iaitu MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure baharu ke pasaran tempatan.

MINI Countryman merupakan jentera serba boleh yang terunggul dan simbol ikonik untuk kehidupan urban. Sejak pengenalannya pada tahun 2010, MINI Countryman dengan konsisten telah menjalani proses evolusi.

Jentera ini mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.8 saat.
Jentera ini mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 6.8 saat.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Harald Hoelzl berkata, pada tahun 2018, Malaysia menjadi tonggak utama di rantau Asia Tenggara dengan tugas pemasangan MINI Countryman di peringkat tempatan.

“Lanjutan daripada kejayaan cemerlangnya dan sejajar dengan strategi elektrifikasi, kami juga memperkenalkan varian Hibrid Plug-In sebagai menunjukkan komitmen kami terhadap pembentukan masa hadapan bagi industri automotif Malaysia dengan Mobiliti Elektro,” katanya kepada Sinar Turbo baru-baru ini.

Beliau menambah, kenderaan Aktiviti Sport (SAV) mencatat pertumbuhan positif sebanyak 19 peratus dengan 1,200 unit telah diserahkan kepada pelanggan sepanjang tahun lalu. Kedua-dua model baharu itu menampilkan pelbagai teknologi termaju seperti MINI Connected yang dilengkapi dengan sambungan internet 4G yang menawarkan informasi dan kandungan hiburan terkini.






Ruang kokpit tampil serba mewah dan sarat dengan butang kawalan.
Ruang kokpit tampil serba mewah dan sarat dengan butang kawalan.

Dengan penawaran keupayaan keterhubungan dan servis peribadi yang ekstensif, MINI Connected akan meningkatkan lagi tahap keselamatan, kemudahan dan menawarkan informasi yang terkini serta kualiti hiburan yang tinggi. Ia juga membolehkan warga MINIacs kekal terhubung walaupun ketika mereka berada di atas jalan raya.

Antara ciri standard yang ditawarkan ialah Intelligent Emergency Call, TeleServices, MINI Online, MINI Concierge Service, Apple CarPlay, tanpa wayar, Remote Services dan Servis eDrive yang eksklusif untuk MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired.

MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired

Tampil dengan reka bentuk ALL4, jentera itu dipasang dengan kemasan rim bersaiz 19 inci dan tayar jenis run flat. Ia diserlahkan lagi dengan jalur pada bonet, bumbung berwarna hitam dan gril berbentuk heksagon. Ruang kabin pula menerima kemasan kulit hitam, MINI Yours Illuminated dan stereng MINI Yours.






MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired
MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired

Tidak ketinggalan, paparan sesentuh 8.8 inci terbaharu yang beresolusi tinggi pada Instrumen Pusat MINI kini memuatkan teknologi tercanggih dan maklumat navigasi di hujung jari pemandu. Paparan Head-Up (HUD) juga berorientasikan pemandu, ia memastikan jalan yang dituju dan informasi penting yang berkenaan dengan kenderaan ini dapat dilihat dengan jelas. Aspek hiburan dalam kenderaan ini diperkemaskan oleh sistem bunyi Harman Kardon dengan 12 unit pembesar suara.






Keterampilan dan kelasakan jentera kenderaan ini digilapkan dengan jaluran bonet MINI, bumbung berkontras dalam warna hitam atau putih serta gril berbentuk heksagon.
Keterampilan dan kelasakan jentera kenderaan ini digilapkan dengan jaluran bonet MINI, bumbung berkontras dalam warna hitam atau putih serta gril berbentuk heksagon.

Jentera pula didatangkan dengan enjin petrol TwinPower Turbo yang digandingkan bersama motor elektrik. Dengan transmisi automatik enam kelajuan, varian hibrid plug-in berupaya untuk menjana 224 kuasa kuda dan tork 385 Nm. Ia mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 kilometer per jam (km/j) hanya dalam masa 6.8 saat, mencecah kelajuan maksimum setinggi 198 km/j dengan penggunaan bahan bakar yang hanya berjumlah 2.1 liter bagi setiap 100km. MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dijual pada harga RM250,888 dengan pilihan Chilli Red, Light White, British Racing Green dan Melting Silver. Semuanya dipadankan dengan bumbung berwarna hitam. Warna eksterior biru pula dipadankan dengan bumbung berwarna putih.

MINI Cooper S Countryman Pure

Dengan reka bentuk serba lasak yang menawan, MINI Cooper S Countryman Pure terbaharu tampil bersama jaluran bonet yang ikonik dan bumbung hitam yang elegan. Jentera juga hadir dengan lampu hadapan LED yang dilengkapi oleh lampu indikator, serta rim ruji 18 inci Black Pin.Bahagian dalamannya dihiasi dengan upholsteri hitam (carbon black) dan penggayaan material kulit (leather cross punch) dengan kerusi berelektrik untuk keselesaan maksimum bertaraf tinggi.






Kedua-dua model menampilkan teknologi termaju seperti sambungan internet 4G.
Kedua-dua model menampilkan teknologi termaju seperti sambungan internet 4G.

Trim interior eksklusif berwarna kelabu menzahirkan nuansa kemodenan yang melengkapi material bumbung berwarna kuning air. Jentera terbaharu itu juga didatangkan dengan paparan sesentuh 6.5 inci bersama navigasi yang mengutamakan pengalaman kepenggunaan dengan antara muka yang mudah untuk dioperasikan.






MINI Cooper S Countryman Pure
MINI Cooper S Countryman Pure

MINI Cooper S Countryman Pure dikuasakan oleh enjin petrol 4 silinder TwinPower Turbo yang dipadankan dengan kotak gear automatik lapan kelajuan. Rangkaian kuasa itu mampu menghasilkan kuasa 192hp dan tork 280Nm. Dengan penggunaan bahan api sekitar 6.5l/100km, SAV masih dapat mencatat kelajuan maksimum 224km/j.

MINI Cooper S Countryman Pure dijual pada harga RM228,8888 dengan penawaran Chilli Red, Light White, British Racing Green, Thunder Grey, Melting Silver dan Island Blue. Kesemuanya dipadankan dengan bumbung berwarna hitam.

MINI Cooper S Countryman Pure terbaharu tampil bersama jaluran bonet yang ikonik serta bumbung hitam elegan.
MINI Cooper S Countryman Pure terbaharu tampil bersama jaluran bonet yang ikonik serta bumbung hitam elegan.

Bantuan Tepi Jalan MINI

MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure yang terbaharu diliputi oleh program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 5 Tahun oleh MINI Malaysia, ditawarkan untuk semua kenderaan MINI dengan senarai perkhidmatan komprehensif yang merangkumi Bantuan Kemalangan 24 jam. Program Bantuan Tepi Jalan (Roadside Assistance) MINI boleh dicapai melalui talian 1800-88-8808.






MINI Countryman jentera serba boleh untuk kehidupan urban.
MINI Countryman jentera serba boleh untuk kehidupan urban.

Online

Kini, anda boleh membuat temu janji servis dengan lebih mudah. Program servis dalam talian yang baharu kini membolehkan pelanggan menjadualkan servis yang mereka perlukan secara terus di Pengedar MINI Bertauliah pilihan mereka melalui https://service.mini.my. Dengan Easy Drive, pemilikan MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired terbaharu bermula daripada RM2,998 setiap bulan dan pemilikan MINI Cooper S Countryman Pure bermula dari RM2,548 setiap bulan (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh tiga tahun, had perbatuan ditetapkan pada 20,000km setiap tahun). Easy Drive ditawarkan atas ihsan BMW Group Financial Services Malaysia. Maklumat lanjut berkenaan dengan MINI Countryman Plug-In Hybrid Wired dan MINI Cooper S Countryman Pure boleh didapati melalui www.mini.my.