Pakai kasut lain sebelah, ingatkan ustaz pun ikut trend

Foto: Instagram Imam Muda Asyraf
Foto: Instagram Imam Muda Asyraf
A
A
A

PAKAI kasut lain sebelah, ingatkan ustaz pun ikut trend terkini.

Rupa-rupanya Pendakwah Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan atau dikenali Imam Muda Asyraf tersilap menyarung kasut, walau sama warna namun berlainan rekaannya.

Berkongsi gambar kasut yang dipakai di Istagram (IG) miliknya, Imam Muda Asyraf dilihat menyarung dua kasut yang berbeza.

Katanya, dia tidak menyedari memakai kasut yang berlainan sehinggalah tamat rakaman sebuah program Astro Oasis bagi slot 'Tazkirah Malam Jumaat'.

“Boleh pulak tersilap sarung kasut. Sebelah lain sebelah lain. Hampir sejam lebih rakaman depan audien. Dah habis baru perasan.” tulisnya.

Imam Muda Asyraf Foto: Instagram Imam Muda Asyraf
Imam Muda Asyraf Foto: Instagram Imam Muda Asyraf

Rata-rata pengikutnya turut terhibur dengan kejadian lucu itu.

"Pandai juga ustaz kita ini tersalah masuk kasut ya, ini mesti tergesa-gesa tadi ha ha. Tak apa ustaz nampak sepadan juga kasut yang ustaz pakai itu hampir sama bentuk," tulis @cikherlyna.

Artikel Berkaitan:

"Fesyen baharu Ustaz. Orang tengok, muka lebih kacakkan," tulis @lilyroses01.

"Ha ha ha, tak apa Ustaz fesyen sekarang memang suka yang pelik," tulis @arikanovela.

"Dulu kalau zaman asrama mungkin tersilap pakai kasut kawan. Tapi kalau macam AlFadhil Ustaz @imammudaasyraf ini tandanya kasut banyak sangat itu. He he he, kalau nak sumbang kami sedia nak menerimanya," tulis kendalusia

"Tak apa ustaz. Orang datang tazkirah tengak muka dengar suara, tak tengok kasut Ustaz," tulis @mahana_n.asyikin.