Laluan KM73 Jalan Kuantan-Segamat ditutup kerana tanah mendap

Penutupan laluan di KM73 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan bermula pada Khamis akibat tanah mendap.
Penutupan laluan di KM73 Jalan Kuantan-Segamat di Pekan bermula pada Khamis akibat tanah mendap.
A
A
A

PEKAN - Laluan di Kilometer 73 Jalan Kuantan-Segamat di sini ditutup kepada semua jenis kenderaan bermula pada Khamis ekoran berlaku tanah mendap dan hakisan.

Laluan ditutup sepenuhnya bermula jam 1 pagi sehingga kerja-kerja pembaikan selesai dijalankan.

Polis Daerah Pekan memaklumkan, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif dari arah Kuantan-lampu isyarat Paloh Hinai-Jalan Batu Balik-Pekan dan Jalan Segamat-Muadzam Shah-Leban Condong-Nenasi.

Keadaan hakisan yang berlaku di KM73 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan.
Keadaan hakisan yang berlaku di KM73 Jalan Kuantan-Segamat, Pekan.

Menurutnya, tanda amaran dan isyarat sedang dipasang pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor jalan bertanggungjawab.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan agar mematuhi tanda-tanda arahan yang dipasang dan berhati-hati semasa memandu.

"Maklumat terkini boleh didapati dari Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan di talian 09-4221999," jelasnya.

Ikuti perkembangan terkini dan dapatkan info banjir di sini!