Covid-19: 217 kes baharu, dua kematian dicatat

Malaysia merekodkan 217 kes baharu Covid-19 dan dua kematian pada Rabu. - Gambar hiasan
Malaysia merekodkan 217 kes baharu Covid-19 dan dua kematian pada Rabu. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jangkitan baharu Covid-19 dalam negara kekal berada di bawah 500 kes untuk 53 hari berturut-turut.

Berdasarkan kepada portal KKMNOW, jumlah kes pada Rabu naik sedikit ke 217 dengan tiada kes import, berbanding 206 kes yang dilaporkan hari sebelumnya.

Untuk Rabu, dua kematian direkodkan berkaitan Covid-19.

Sementara itu, kes aktif yang dilaporkan pada Rabu kekal di bawah 10,000 kes dengan 9,230 kes dicatat berbanding 9,248 kes pada hari sebelumnya.

Daripada jumlah itu, 8,882 kes atau 96.2 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Keadaan kekal di mana tiada pesakit ditempatkan di pusat kuarantin (PKRC), manakala 341 pesakit sedang mendapat rawatan di hospital.

Daripada jumlah itu, tujuh pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan tiga pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara turut merekodkan 233 kes sembuh.