Polis Johor nafi klip video jambatan runtuh berlaku di Johor

Kamarul Zaman - Foto Bernama (Klip video jambatan runtuh dan dihanyutkan arus tular di media sosial.)
Kamarul Zaman - Foto Bernama (Klip video jambatan runtuh dan dihanyutkan arus tular di media sosial.)
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis Johor menafikan klip video jambatan runtuh dan dihanyutkan arus yang tular di media sosial berlaku di negeri berkenaan.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, klip video berdurasi 20 saat itu dikesan tular di aplikasi Tik Tok ‘natuerlikeit.’

Bagaimanapun katanya, kejadian itu disahkan tidak berlaku di Johor tetapi sebaliknya berlaku di luar negara.

“Polis Kontinjen Johor telah mengesan satu video tular di aplikasi Tik Tok ‘naturelikeit’ pada 12 Disember 2022 berduarasi 20 saat berkait dengan kejadian jambatan runtuh dan dihanyutkan arus.

“Polis kontinjen Johor mengesahkan kejadian tidak berlaku di negeri Johor dan dipercayai berlaku di luar negara.

“Justeru, orang ramai dinasihatkan tidak menyebarkan berita atau mesej palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan media pada Rabu.

Sementara itu Kamarul Zaman berkata, mana-mana pihak yang menyebarkan berita atau mesej palus boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang yang berkuatkuasa.