Sila log masuk terlebih dahulu.
Sinar Premium

Pasak akar umbi Umno masih utuh

Jamil Khir
Jamil Khir
A
A
A
ALOR SETAR - Badai yang melanda Umno Sabah hanya melibatkan pimpinan sahaja namun tidak sampai menggoyahkan pasak-pasak utama akar umbi di setiap bahagian dan cawangannya.

Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, gelanggang politik negara digegarkan secara bersiri dan terbaru adalah gegaran di Umno Sabah.

Menurutnya, gegaran tersebut berada pada skala richter yang mampu menumbangkan pancang-pancang utama setiap bahagian Umno namun tidak pada akar umbi parti keramat itu

"Semalam juga telah diumumkan barisan kepimpinan baharu yang akan mengambil alih (kepimpinan Umno Sabah). Biarlah yang pergi dan kecundang di perjuangan ini.

pasti Umno tidak terhutang kepada mereka kerana parti ini telah memberikan segalanya yang mereka miliki sekarang termasuk kerusi yang dilarikan," katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, beliau berharap kapal baharu Umno Sabah akan segera belayar dan kukuh di samudera luas bagi menghadapi badai dan gelora yang sedang menanti.

Semalam semua ahli jawatankuasa Umno Sabah termasuk pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan 21 ketua bahagian negeri keluar daripada parti itu.

Hajiji dalam sidang media di Kota KInabalu mengumumkan bahawa beliau bersama lima Ahli Parlimen, sembilan Adun dan dua Senator meninggalkan Umno dan mengisytiharkan menjadi ahli politik bebas.

Artikel Berkaitan: