Tawaran rebat RM15 cukai taksiran dilanjutkan hingga 31 Mac

MBSJ turut memaklumkan pelanggan boleh melakukan semakan bil hanya dengan mengimbas kod QR pada poster.
MBSJ turut memaklumkan pelanggan boleh melakukan semakan bil hanya dengan mengimbas kod QR pada poster.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menggesa orang ramai menjalankan tanggungjawab membayar cukai taksiran dengan segera.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dalam satu kenyataan memaklumkan, pembayaran cukai taksiran itu adalah bagi memastikan fasiliti, infrastruktur dan kemudahan awam dapat disediakan serta diselenggara dengan baik.

Jelasnya lagi, tawaran rebat cukai taksiran turut dilanjutkan sehingga akhir bulan ini.

"MBSJ turut melanjutkan tawaran rebat RM15 cukai taksiran hingga 31 Mac 2023 mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan," kata kenyataan itu kepada Sinar Harian pada Isnin.

Pelanggan boleh melakukan semakan bil hanya dengan mengimbas kod QR pada poster dan mendaftar sebagai ahli EzyMBSJ.

Mereka juga boleh memilih untuk melaksanakan pembayaran cukai taksiran dengan menggunakan kaedah digital atau konvensional.