JBPM terbangkan jenazah kanak-kanak Orang Asli

Unit Udara JBPM melakukan penerbangan ihsan membawa jenazah seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli dari Pos Balar ke Hospital Gua Musang pada Sabtu.
Unit Udara JBPM melakukan penerbangan ihsan membawa jenazah seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli dari Pos Balar ke Hospital Gua Musang pada Sabtu.
A
A
A

GUA MUSANG - Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) melakukan penerbangan ihsan membawa jenazah seorang kanak-kanak lelaki Orang Asli dari Pos Balar ke Hospital Gua Musang di sini pada Sabtu.

Mangsa, Henry Stegen Heryak, 2, dikatakan sakit sejak Jumaat dan hanya menyusu dengan kuantiti yang sedikit.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hasrizal Kamaruzzaman berkata, pada awalnya pihak mereka menerima arahan untuk melakukan penerbangan pemindahan perubatan (Medevac) bagi membawa mangsa ke hospital.

“Pesawat terlebih dahulu mendarat di Balai Bomba Gua Musang untuk mengambil dua jururawat Hospital Gua Musang ke Pos Balar.

“Selepas hampir satu jam melakukan penerbangan dengan helikopter jenis Mi-17-IV, anggota bertugas dimaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut meninggal dunia sebelum pesawat tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Satu lagi penerbangan ihsan dilakukan oleh Unit Udara JBPM pada Ahad iaitu menerbangkan seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia dua tahun juga dari Pos Balar.
Satu lagi penerbangan ihsan dilakukan oleh Unit Udara JBPM pada Ahad iaitu menerbangkan seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia dua tahun juga dari Pos Balar.

Pesawat itu dikemudi oleh Leftenan Kolonel Tengku Ahmad Shaiful Isnawi Tengku Muhamad dan dibantu Penolong Kanan Penguasa Bomba, Ahmad Hafiz Sulaiman

Menurut beliau, mangsa dilaporkan mengalami sawan, bengkak kaki, cirit-birit selain terdapat bintik-bintik merah pada badannya dan kematiannnya disahkan oleh doktor.

Mohd Hasrizal memberitahu, jenazah itu turut diiringi oleh bapanya Heryak Anjang, 28, ibu dan salah seorang adik-beradik ke Hospital Gua Musang.

Dalam perkembangan lain, satu lagi penerbangan ihsan dilakukan oleh Unit Udara JBPM pada Ahad iaitu menerbangkan seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli berusia dua tahun juga dari Pos Balar.

Kanak-kanak tersebut dilaporkan dalam keadaan lemah fizikal, batuk, selesema, panas badan dan muntah.

Alat bantuan pernafasan telah diberikan dan pesakit berada dalam keadaan stabil semasa penerbangan.

Kanak- kanak tersebut telah selamat dipindahkan serta ditemani seorang pengiring di BBP Gua Musang dan dihantar ke Hospital Gua Musang dengan menaiki ambulans untuk menerima rawatan lanjut.

Kerja-kerja sanitasi pesawat telah dilakukan oleh anggota selepas pemindahan pesakit selesai.