Guardiola puji aksi agresif City

Haaland (kanan) tampil cemerlang untuk City ketika menentang Bournemouth. FOTO: AFP
Haaland (kanan) tampil cemerlang untuk City ketika menentang Bournemouth. FOTO: AFP
A
A
A

PEP Guardiola memuji Erling Haaland dan Phil Foden selepas Manchester City melakar kemenangan 4-1 ke atas Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

Haaland dan Foden menemui jaringan di Stadium Vitality itu selain Julian Alvarez dan gol sendiri pemain pertahanan Bournemouth Chris Mepham memastikan kemenangan bergaya City.

"Memandangkan jumlah perlawanan dan tempoh perjalanan, saya gembira kami dapat bermain secara agresif.

"Serangan kami lebih dinamik dan kami mendapat keputusan yang baik," katanya.

Haaland menjaringkan gol ke-27 dalam 24 penampilan EPL, mencipta rekod baru City pada musim pertama dalam EPL apabila dia melepasi jumlah 26 gol Sergio Aguero yang dilakukan pada 2014-15.

"Erling Haaland, impaknya luar biasa. Kami menyayanginya dan dia membantu kami. Hari ini kami lebih banyak menggunakannya dan dia adalah ancaman yang luar biasa," katanya.

Dalam masa sama, Guardiola turut memuji aksi Foden yang memainkan peranan penting mencipta tujuh peluang untuk City dalam perlawanan itu.

"Kami memerlukan Phil, etika kerjanya, matlamatnya dan bantuannya. Langkah demi langkah dia akan kembali dengan prestasi terbai," katanya.