SPRM akan kemuka rayuan ke Mahkamah Tinggi

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi susulan keputusan membabitkan kes rasuah bekas Exco Johor.

Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini melepas dan membebaskan tanpa dipanggil membela diri bekas Exco Johor, Datuk Abd Latif Bandi bersama dua individu lain daripada 37 pertuduhan rasuah serta kes

Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLA) berjumlah lebih RM30 juta.

"Rayuan akan dibuat hasil perbincangan bersama Timbalan Pendakwa Raya.

"Tindakan tersebut akan dilakukan sebelum tempoh 14 hari seperti yang telah ditetapkan oleh mahkamah," jelas SPRM menerusi kenyataan hari ini.

Artikel Berkaitan: