Kes gaduh libat dua isteri bekas jurulatih bola sepak selesai

Mohd Iqbal
Mohd Iqbal
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengesahkan insiden pergaduhan membabitkan dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan selesai apabila salah seorang individu terlibat menarik balik laporan berkaitan kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan polis yang dibuat itu telah ditarik balik pada 8 Februari lalu.

"Pengadu dalam kes ini telah menarik semula laporan yang dibuat.

"Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan telah mendapat arahan tiada tindakan lanjut pada 10 Februari lalu," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Pada 23 Januari lalu, dua isteri bekas jurulatih bola sepak kebangsaan dipercayai bergaduh di sebuah restoran di sini.

Kejadian dipercayai berpunca akibat suspek merasa tersindir dengan kenyataan pengadu dalam sebuah program dan marah berkahwin dengan suami tanpa pengetahuannya.