Dua isteri jurulatih bola sepak gaduh di restoran

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suasana di sebuah restoran di sini kecoh apabila dua individu dipercayai isteri kepada seorang jurulatih bola sepak bergaduh dalam kejadian pada awal pagi Isnin.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berpunca akibat perselisihan faham membabitkan kedua-dua individu tersebut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Siasatan awal dijalankan mendapati berlakunya pertikaman lidah antara kedua-dua individu terlibat.

"Kejadian kemudian membawa kepada pergaduhan, bagaimanapun dapat dileraikan orang ramai di lokasi kejadian," katanya.

Katanya, siasatan berkaitan kejadian masih lagi dijalankan.

"Kedua-dua individu telah tampil membuat laporan polis.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK)," katanya.

Artikel Berkaitan: