X

Kindly register in order to view this article
!

Syed Ali bermalam dengan baby syurga

Pelakon, Syed Ali
A
A

PELAKON, Syed Ali berkongsi momen ketika berjumpa dengan bayi berusia lapan bulan yang menderita ketumbuhan Germ Cell Tumor di bahagian mulut, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di akaun media sosial, Syed Ali Tar Mohd atau Syed Ali, 33, menyeru warganet untuk bersama-sama mendoakan kesihatan bayi bernama Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin.

“Bermalam dengan baby Syurga. Adik comel saya baby Ainul Mardhiah. Sayangnya pada dia, dia comel.

“Adik kakak abang-abang tolong doakan Ainul ya. Ainul sayang awak semua.

“Bersama kita berdoa kepada ALLAH SWT supaya baby Ainul sentiasa sihat dan ceria seperti sedia kala,” luahnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus