Nunez, Gakpo pacu kemenangan Liverpool di Newcastle

Darwin Nunez - Foto Agensi
Darwin Nunez - Foto Agensi
A
A
A

JARINGAN Darwin Nunez dan Cody Gakpo membolehkan Liverpool mengakhiri rekod tanpa kalah Newcastle United apabila melakar kemenangan 2-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di St James' Park pada Ahad.

Skuad kendalian Jurgen Klopp mengejutkan Newcastle dengan permulaan cemerlang pada babak pertama, menyaksikan tuan rumah terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-22 selepas penjaga gol, Nick Pope dilayangkan kad merah.

Untuk rekod, satu-satunya kekalahan Newcastle di tangga keempat sebelum ini dalam liga adalah ketika menentang Liverpool pada penghujung Ogos, namun momentum tersebut seakan berakhir selepas Nunez menyudahkan hantaran Trent Alexander Arnold untuk meledak gol pada minit ke-10.

Gakpo kemudian menggandakan pendahuluan Liverpool tujuh minit kemudian apabila dia memasukkan hantaran bijak penyerang sensasi Liverpool, Mohamed Salah.

Pope terperangkap keluar dari gawangnya hasil hantaran jarak jauh dari pemain lawan, Alisson akhirnya diarahkan meninggalkan padang selepas mendakap bola dengan tangan di luar kawasan penalti.

Newcastle kemudiannya bertindak balas dengan baik untuk kembali semula dalam permainan, namun dinafikan kecemerlangan Alisson.

Kemenangan liga kedua berturut-turut Liverpool selepas empat perlawanan menyaksikan anak buah Klopp, naik ke tangga kelapan liga dengan 35 mata, enam mata di belakang Newcastle dengan satu perlawanan dalam tangan.

Sementara itu, hasrat Newcastle untuk berada dalam kelompok empat teratas semakin terancam selepas hanya mencatat satu kemenangan dalam tujuh perlawanan liga.


KEPUTUSAN

Aston Villa 2-4 Arsenal

Chelsea 0-1 Southampton

Nottingham Forest 1-1 Manchester City

Newcastle United 0-2 Liverpool

Brentford 1-1 Crystal Palace

Brighton 0-1 Fulham

Everton 1-0 Leeds United

Wolves 0-1 Bournemouth