241 kes baharu Covid-19

KKM merekodkan sebanyak 241 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan satu daripadanya merupakan kes import. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
KKM merekodkan sebanyak 241 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan satu daripadanya merupakan kes import. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 241 kes baharu Covid-19 pada Jumaat dengan satu daripadanya merupakan kes import.

Pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pandemik itu di negara ini meningkat kepada 5,001,957.

Menurut portal KKMNow tiada kematian akibat Covid-19 dan kes di luar fasiliti hospital, 'brought-in-dead' (BID).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu di Malaysia kekal kepada 36,954.

Terdapat sembilan kes ditempatkan di wad unit rawatan rapi (ICU) dengan tiga daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.