Lima penguat kuasa JPJ direman, 17 dibebaskan dengan jaminan

Kelima-lima penguat kuasa JPJ Pulau Pinang direman sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan.
A
A

GEORGETOWN - Lima daripada 22 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang yang ditahan semalam direman seminggu untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Kesemua terdiri daripada pegawai dan anggota JPJ ditahan bermula hari ini sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan kegiatan rasuah melindungi pemandu-pemandu lori, yang melakukan kesalahan jalan raya khususnya membawa muatan lebih di sekitar negeri ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret L Umma Devi di Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan 22 anggota dan pegawai JPJ Pulau Pinang berusia lingkungan 32 hingga 55 tahun di pejabatnya di Jalan Sultan Ahmad Shah, di sini.

Mereka ditahan antara jam 10 pagi hingga 4.15 petang selepas hadir memberi keterangan namun 17 daripada mereka difahamkan dibebaskan dengan jaminan.

Semua penguatkuasa JPJ gred 19 hingga 32 itu dipercayai menerima bayaran bulanan sebanyak RM10,000 sebulan dan sehingga kini jumlah terkumpul bagi kesemua wang rasuah itu sudah melebihi RM140,000.

Kelima-lima penguat kuasa JPJ Pulau Pinang direman sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan.
Kelima-lima penguat kuasa JPJ Pulau Pinang direman sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan.

Terdahulu, 23 daripada 24 penguat kuasa JPJ negeri yang direman SPRM Rabu lalu, dibebaskan dengan jaminan manakala seorang lagi masih ditahan berikutan siasatan ke atasnya belum selesai.

Rabu lalu, Mahkamah Majistret membenarkan permohonan reman tujuh hari terhadap 30 individu termasuk 24 penguat kuasa JPJ Pulau Pinang.

Perintah reman itu dibuat susulan tangkapan dilakukan SPRM dalam operasi khas di seluruh Pulau Pinang pada jam 10 pagi hingga 10 malam, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, penahanan itu adalah siasatan peringkat kedua dan tidak menolak kemungkinan ramai lagi termasuk penguat kuasa dan pegawai kanan JPJ yang akan dipanggil bagi membantu siasatan.

ARTIKEL BERKAITAN:24 anggota JPJ direman bantu siasatan kes 'lori kebal'

ARTIKEL BERKAITAN:Rasuah 'lori kebal': 24 anggota JPJ digantung kerja

ARTIKEL BERKAITAN:Rasuah 'lori kebal': 22 lagi penguatkuasa JPJ ditahan SPRM

ARTIKEL BERKAITAN:Operasi JPJ Pulau Pinang tidak terjejas

Rasuah 'lori kebal': 24 anggota JPJ digantung kerja

Rasuah 'lori kebal': 24 anggota JPJ digantung kerja Seramai 30 individu termasuk 24 anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan SPRM Pulau Pinang berhubung kes rasuah. Berita penuh di https://bit.ly/2vepCiD

Posted by Sinar Harian on Saturday, April 20, 2019


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia