Pemandu e-hailing maut dihempap kereta sendiri

Seorang lelaki maut dihempap kereta miliknya sendiri dalam kejadian di Blok B, Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Presint 5 pada Jumaat.
Seorang lelaki maut dihempap kereta miliknya sendiri dalam kejadian di Blok B, Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia, Presint 5 pada Jumaat.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang pemandu e-hailing maut dihempap kereta miliknya ketika sedang membaiki kenderaan itu di Blok B, Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM), Presint 5 di sini pada Jumaat.

Mangsa dikenali sebagai Mohammad Azim Mohd Sanusi, 30, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Putrajaya.

Ketua Polis Daerah (IPD) Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, polis menerima laporan kejadian pada jam 11.48 pagi daripada orang awam menyatakan seorang lelaki tersepit di bawah kereta jenis Perodua Bezza.

Menurutnya, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dipercayai sedang menukar brek tayar hadapan sebelah kanan dan minyak hitam kereta tersebut.

"Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya mengeluarkan mangsa yang berada di bawah bahagian enjin kereta.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Putrajaya untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!