JDT lakar kemenangan ke atas PKNS FC
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melakar kemenangan 3-1 ke atas PKNS FC dalam aksi Liga Super 2019 di Stadium Larkin di sini sebentar tadi.
Tuan rumah tidak menunggu lama untuk mendahului pasukan kendalian Datuk K Rajagopal menerusi jaringan Afiq Fazail pada minit ke-8.
JDT kemudiannya menambah jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh pemain sayap importnya, Gonzalo Cabrera pada minit ke-14.
Bermula aksi separuh masa kedua, PKNS FC menggandakan asakan dan berjaya meraih gol menerusi Gabriel Guerra pada minit ke-48.
Safawi Rasid mencetak nama selaku penjaring apabila sepakan leretnya gagal diselamatkan penjaga gol PKNS FC, Zarif Irfan Hashimuddin pada minit ke-85.
Keputusan 3-1 kekal sehingga pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat, dan kemenangan ke atas PKNS FC menyaksikan JDT terus selesa berada di puncak Liga Super 2019.