Empat beranak cedera kereta bertembung

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Empat beranak cedera selepas kereta Perodua Kancil dinaiki mereka bertembung Proton Pesona di Kampung Purak, Jalan Lama Papar, Papar, petang tadi.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu menyebabkan Clifford Guan Sing, 43 dan isteri Jovitah Ajun, 43 serta dua anak mereka iaitu Violet Chelsea Clifford, 16 dan Kenneth Andres Clifford, 17, mengalami kecederaan separa kritikal.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 2.08 petang sebelum sepasukan bomba daripada Balai Bomba Penyelamat Papar digegaskan ke lokasi bersama jentera dan pasukan EMRS.

“Keempat-empat mangsa telah dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan lanjut,” demikian menurut kenyataan hari ini.- Bernama

Artikel Berkaitan: