Harga petrol, diesel kekal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 16 hingga 22 Februari.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan RON97 kekal pada RM3.35 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

Ia bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga siling semasa.

"Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah global dan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terjaga,” menurut kenyataan itu. - Bernama