Dadah: Lelaki Myanmar dicekup polis

1
1
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki warganegara asing dipercayai penghantar 'runner' bekalan dadah di sekitar daerah ini tumpas dalam serbuan di kawasan kelapa sawit Sungai Division, di sini, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah berkata, berdasarkan aduan orang awam dan hasil risikan polis, suspek berusia 35 tahun ditahan bersama pelbagai jenis dadah seberat kira-kira 1.1 kilogram, kira-kira jam 11.30 pagi, 11 Disember lalu.

Menurutnya, suspek merupakan warganegara Myanmar didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan menjadi 'runner' khusus di kawasan kebun dan ladang kelapa sawit di daerah ini, sejak setahun lalu.

"Hasil risikan pihak polis berjaya menumpaskan pergerakannya dipercayai aktif melakukan penghantaran bekalan dadah di kawasan kebun dan kelapa sawit di sekitar Kuala Muda khususnya kawasan Sungai Petani.

"Tangkapan terhadap suspek, polis menemui satu beg plastik berisi dadah dipercayai serbuk dan ketulan heroin seberat 350 gram, 240 paket dadah berisi serbuk ketulan seberat 265 gram dipercayai dadah heroin, tujuh paket plastik kecil berisi syabu seberat 6 gram serta satu bekas plastik yang di dalamnya terdapat 394 gram," katanya, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, di sini, hari ini.

3
3

Beliau berkata nilai rampasan keseluruhan rampasan dadah itu bernilai RM31,231.50. Bekalan berkenaan dianggarkan untuk diedarkan antara 1,000 hingga 2,000 penagih dadah di daerah ini.

Mengenai modus operandi, katanya lagi, suspek mengaku sudah menetap di Malaysia 10 tahun yang padanya bekerja dengan buruh.

Artikel Berkaitan:

"Dalam pengakuan awal, suspek mengakui dia diupah RM60 sehari oleh pengedar dadah sebagai 'runner ' untuk menghantar dadah tersebut ke beberapa 'port' seperti kebun dan ladang kelapa sawit.

"Suspek didapati digiat aktif aktiviti pengedaran sejak setahun lalu. Rumah diserbu anggota polis didapati dijadikan stor pembungkusan bekalan dadah sebelum diedarkan di beberapa 'port' di daerah ini," katanya.

2
2

Adzli berkata, warga asing itu kini direman selama tujuh hari sehingga 18 Disember ini.

"Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, tambah beliau, sebanyak 1,055 serbuan melibatkan kes dadah dan seramai 1,305 tangkapan berkaitan kesalahan bekalan dadah tumpas dalam tempoh antara Januari lalu hingga November ini.

"Pasukan polis IPD Kuala Muda sentiasa komited dalam usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah. Kita melakukan tangkapan ke atas kes dadah di daerah ini dengan kekerapan satu kes dalam tempoh dua hari.

"Ini membuktikan kami tidak akan berkompromi dengan kes pengedaran juga penagihan dadah, selain daripada kes jenayah," katanya.