Lelaki ditikam pesakit mental di Hospital Selayang stabil

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Lelaki yang cedera ditikam seorang pesakit mental di Hospital Selayang semalam disahkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, berhubung kejadian itu, pihaknya akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) berhubung pesakit mental di wad kecemasan dan klinik.

Hantaran Dr Noor Hisham di Twitter pada Rabu.
Hantaran Dr Noor Hisham di Twitter pada Rabu.

"Sebelum tersebar maklumat salah, saya ingin memaklumkan bahawa kejadian lelaki ditikam itu melibatkan pesakit mental yang dibawa ke hospital oleh pihak polis.

"Ia boleh terjadi di mana-mana sahaja, jadi kita akan mengkaji semula SOP berhubung pesakit mental bagi menjamin keselamatan pesakit lain di wad kecemasan dan klinik," katanya menerusi hantaran Twitter pada Rabu.

Difahamkan, mangsa yang menghidap demam denggi datang ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan sebelum diserang.