Pengusaha restoran tawarkan lapan Menu Rahmah

Kamaruzaman dan isteri, Siti Nor Farah Abdul Dawari menunjukkan lapan Menu Rahmah yang ditawarkan di Restoran Pondok Kebaboom, Pasir Tumboh, Kota Bharu.
Kamaruzaman dan isteri, Siti Nor Farah Abdul Dawari menunjukkan lapan Menu Rahmah yang ditawarkan di Restoran Pondok Kebaboom, Pasir Tumboh, Kota Bharu.
A
A
A

KOTA BHARU - Pengusaha Restoran Pondok Kebaboom di Pasir Tumboh dekat sini menawarkan lapan Menu Rahmah kepada pelanggan.

Antaranya ialah, nasi bajet yang dihidangkan bersama ayam goreng atau gulai, sayur tauge dan segelas teh o ais yang bernilai RM4.50 manakala tujuh lagi menu lain seperti nasi, mi, kuetiau, bihun goreng serta mi, bihun dan kuetiau celup dijual dengan harga RM4.90 berserta segelas teh o ais.

Pemilik restoran, Kamaruzaman Hussin, 44, berkata, kesemua menu itu dijual bermula pada jam 12 tengah hari sehingga 3 petang.

"Kecuali nasi bajet dijual sehingga 12 tengah malam. Kami turut menawarkan pakej RM10 bagi tiga bungkus nasi bajet tanpa minuman.

"Walaupun berdepan dengan peningkatan harga bahan mentah namun kami masih mendapat keuntungan sungguhpun sedikit," katanya kepada pemberita.

Menurutnya, selain menyahut seruan kerajaan, hidangan ini juga menjadi salah satu bentuk perkongsian rezeki kami kepada pelanggan.

Ujarnya, dengan cara tersebut diharap hidangan itu dapat membantu meringankan beban rakyat.