Ibu tunggal, dua anak perempuan dicekup khalwat

Penguat kuasa JAIM (kiri) ketika menahan mereka di sebuah rumah di Lipat Kajang, Jasin pada malam Jumaat.
Penguat kuasa JAIM (kiri) ketika menahan mereka di sebuah rumah di Lipat Kajang, Jasin pada malam Jumaat.
A
A
A

JASIN - Seorang wanita berstatus ibu tunggal bersama dua anak perempuannya ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan dua lelaki di rumah mereka di Lipat Kajang, di sini pada malam Jumaat.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menahan wanita berusia 49 tahun bersama dua anaknya masing-masing berusia 19 dan 20 selepas menerima aduan awam.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pihaknya menunggu lebih kurang 15 minit untuk tiga beranak itu membuka pintu rumah mereka.

"Pemeriksaan yang dilakukan dalam rumah itu terdapat dua lelaki yang tiada hubungan mahram bersama mereka.

"Mereka memberi alasan saudara jauh kepada tiga beranak itu dan dibenarkan wanita yang bekerja di sebuah syarikat kontraktor untuk tinggal bersama," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Tambah beliau, kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman mendatangkan syak.

"Sabit kesalahan, Che Sukri boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

"Kejayaan ini juga adalah hasil kerjasama daripada orang awam dan ahli Rakan Setiaku JAIM (Raseim) yang menyalurkan maklumat dan membantu pihak JAIM dalam mengekang aktiviti tidak bermoral dan maksiat," katanya.