Cadangan kurangkan saiz penjawat awam tak jejas kuota OKU

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beramah mesra bersama para penerima anugerah yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan pada Anugerah 'MAB Excellence Achievement for the Blind and Visually Impaired' 2017/2018 hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Cadangan kerajaan untuk mengurangkan saiz penjawat awam tidak akan menjejaskan dasar satu peratus penyertaan orang kurang upaya (OKU) dalam perkhidmatan awam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata jawatan yang telah dikhususkan untuk OKU akan tetap dikekalkan.

“Kita (kerajaan) hendak ramai lagi OKU menyertai perkhidmatan awam. Sekarang ini pun belum lagi penuh (satu peratus) jadi tempat-tempat yang boleh dikhususkan untuk OKU kita kekalkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) 2017/2018, di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga memberi tumpuan untuk memenuhi sasaran dasar satu peratus OKU dalam perkhidmatan awam sebelum merancang untuk meningkatkan sasaran itu.

Selain itu, katanya, pelbagai usaha diambil kerajaan bagi menggalakkan penyertaan golongan OKU dalam sektor swasta termasuk pengecualian cukai terhadap majikan yang mengeluarkan belanja untuk keperluan pekerja OKU. -Bernama

Artikel Berkaitan: