Dua remaja maut motosikal bertembung kereta

Keadaan motosikal dan kereta yang terlibat dengan kemalangan di Kilometer 52.5 Jalan Batu Pahat-Kluang pada Rabu.
Keadaan motosikal dan kereta yang terlibat dengan kemalangan di Kilometer 52.5 Jalan Batu Pahat-Kluang pada Rabu.
A
A
A

KLUANG - [DIKEMAS KINI] Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 52.5 Jalan Batu Pahat-Kluang dekat sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, insiden pada jam 7.20 malam itu mengakibatkan penunggang motosikal, Iman Noizan, 18, dan pemboncengnya, Muhammad Hafizul Hanafi,15, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

"Kejadian berlaku ketika dua remaja berkenaan dalam perjalanan dari arah bandar Kluang menuju ke arah Batu Pahat.

"Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian berlaku apabila motosikal yang ditunggang Iman Noizan secara tiba-tiba hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Dua remaja yang menaiki motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 52.5 Jalan Batu Pahat-Kluang, Kluang pada petang Rabu.
Dua remaja yang menaiki motosikal maut selepas bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 52.5 Jalan Batu Pahat-Kluang, Kluang pada petang Rabu.

"Pada masa masa, sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki dua lelaki serta seorang wanita berusia 37 hingga 69 datang dari arah Batu Pahat tidak sempat mengelak sebelum berlaku pertembungan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa kemudiannya di rujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk proses bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga masing-masing.

Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (API) 1987.