Penjawat awam direman kes salah guna jawatan, kedudukan

Suspek dibawa ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna oren direman sehingga 11 Februari ini.
Suspek dibawa ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna oren direman sehingga 11 Februari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang penjawat awam direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Kuching, Sarawak pada Selasa bagi membantu siasatan kes salah guna jawatan dan kedudukan pada 2019 lalu.

Ia membabitkan kerja-kerja perkhidmatan pengangkutan berjumlah RM130,000 menggunakan syarikat milik isterinya.

Majistret Zaiton Anuar mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 50-an itu dibawa ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna oren direman sehingga 11 Februari ini.

Menurut sumber, lelaki itu ditahan pada jam 6.30 petang Isnin ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Kuching.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sarawak, Mohd Zaki Hassan ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.