Banjir: Jumlah mangsa meningkat kepada 47 orang

Jumlah mangsa banjir di Kemaman meningkat kepada 47 orang.
Jumlah mangsa banjir di Kemaman meningkat kepada 47 orang.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Jumlah penduduk yang terjejas banjir di kawasan Kemaman meningkat kepada 47 orang berbanding 28 orang pada jam 8 pagi Selasa.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat jam 4 petang, sebanyak 14 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS).

Menurutnya, Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu seramai 25 orang membabitkan lapan keluarga.

"Di Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih, seramai 22 penduduk dari enam keluarga kini berlindung di sana dan jumlah itu meningkat berbanding tiga mangsa pada pagi tadi.

"Keadaan cuaca di Kemaman dilaporkan cerah dan maklumat semasa berkaitan banjir akan dikemaskini dari semasa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.