Angka korban gempa bumi Turkiye, Syria meningkat kepada 4,372

Pada Isnin, gempa bumi kuat 7.8 magnitud menggegarkan Turkiye dan Syria yang meranapkan ribuan bangunan. - Foto Xinhua
Pada Isnin, gempa bumi kuat 7.8 magnitud menggegarkan Turkiye dan Syria yang meranapkan ribuan bangunan. - Foto Xinhua
A
A
A

ANKARA - Jumlah kematian akibat gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria pada Isnin meningkat kepada 4,372.

Angka korban di Turkiye meningkat kepada 2,921 setakat pagi Selasa dengan 15,834 dilaporkan cedera, menurut ketua perkhidmatan bencana Turkiye, Yunus Sezer dalam sidang akhbar di Ankara.

Sezer berkata beliau akan memaklumkan kemas kini yang lebih komprehensif pada jam 6 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia).

Manakala di Syria, 1,451 kematian dan 3,531 kecederaan telah dilaporkan oleh pihak berkuasa.

Pada Isnin, gempa bumi kuat 7.8 magnitud menggegarkan Turkiye dan Syria meranapkan ribuan bangunan. - Awani