MB, Gabenor Jawa Timur bincang bekalan makanan, pelaburan

Pertemuan dua hala Amirudin bersama Khofifah di Surabaya, Indonesia itu termasuklah perbincangan mengenai aspek rangkaian bekalan makanan dan pelaburan. - Gambar Facebook Amirudin
Pertemuan dua hala Amirudin bersama Khofifah di Surabaya, Indonesia itu termasuklah perbincangan mengenai aspek rangkaian bekalan makanan dan pelaburan. - Gambar Facebook Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengadakan pertemuan dengan Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parwansa bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan industri.

Pertemuan dua hala Amirudin bersama Khofifah di Surabaya, Indonesia itu turut menyentuh aspek rangkaian bekalan makanan dan pelaburan ke arah mengurangkan bebanan rakyat akibat inflasi.

“Kesempatan hadir program rasmi kerajaan negeri di Surabaya ini saya mulakan dengan bertemu Gubernur Jawa Timur, Ibu Khofifah Indar Parawansa.

“Pelbagai aspek kami bincangkan secara dua hala khusus berkaitan industri termasuklah rangkaian bekalan makanan serta pelaburan ke arah mengurangkan beban yang dihadapi rakyat akibat inflasi," katanya di laman Facebooknya.

Dalam pada itu, Amirudin turut berterima kasih kepada pemimpin berkenaan itu atas kesudian beliau menerima kunjungan selain sedia bekerjasama dalam perkara yang dibincangkan bersama.

“Terima kasih kepada Ibu Khofifah dan pasukannya di Pemerintah Provinsi Jawa Timur atas layanan yang sungguh mesra dan kesediaan menerima kami dari Selangor.

“Insya-ALLAH kerjasama Jawa Timur-Selangor kita rentas bersama-sama,” kata Amirudin dalam hantaran yang sama.