Harimau Sumatera ditangkap selepas baham empat mangsa

Harimau Sumatera diancam kepupusan dan terdapat kira-kira 400 ekor dalam habitat liar. - Agensi
Harimau Sumatera diancam kepupusan dan terdapat kira-kira 400 ekor dalam habitat liar. - Agensi
A
A
A

BANDA ACEH - Seekor harimau Sumatera yang dipercayai menyerang dan mencederakan petani di wilayah barat Aceh, Indonesia, berjaya ditangkap pada Sabtu selepas diburu beberapa hari lalu.

Penangkapan itu berlaku selepas dua serangan harimau berasingan di bandar Sumatera sepanjang minggu lalu menyebabkan empat orang cedera.

Haiwan itu ditangkap selepas memasuki perangkap dipasang anggota jabatan pemuliharaan dalam hutan simpan di bandar Kluet Tengah di Selatan Aceh pada Sabtu.

Terdapat kesan beberapa kecederaan di badan harimau tersebut.

"Salah seorang mangsa memberitahu dia mencederakan harimau yang menyerangnya ketika sedang mempertahankan diri. Terdapat beberapa luka di badan haiwan itu termasuk di kaki, leher dan muka," kata Agensi Pemuliharaan Haiwan Aceh, Agus Rinto memberitahu AFP.

Gambar diambil polis menunjukkan kucing besar tersebut sedang terbaring dalam kandang serta luka di muka.

Pemburuan besar-besaran dilancarkan pada minggu lalu selepas empat penduduk tempatan diserang dalam kawasan hutan simpan di Kluet Tengah, menyebabkan salah seorang daripada cedera parah.

Justeru, askar, pegawai pemuliharaan dan bomba dikerahkan memburu haiwan tersebut.

Beberapa hari kemudian, dua petani yang bekerja dalam hutan simpan turut diserang dan mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun, pegawai tidak dapat memastikan sama ada serangan tersebut dilakukan harimau sama. - AFP