17 maut nahas jalan raya di Tanzania

7 orang maut dan 12 cedera dalam nahas jalan raya di wilayah Tanga, Tanzania pada Sabtu pagi. Foto Agensi
7 orang maut dan 12 cedera dalam nahas jalan raya di wilayah Tanga, Tanzania pada Sabtu pagi. Foto Agensi
A
A
A

DAR ES SALAAM - Seramai 17 orang maut dan 12 cedera dalam nahas jalan raya di wilayah Tanga, Tanzania pada Sabtu pagi selepas sebuah bas mini bertembung dengan trak, kata seorang pegawai.

Pesuruhjaya Wilayah Tanga, Omar Mgumba berkata, nahas itu berlaku di Mombo 284 kilometer utara bandar komersial Dar es Salaam.

"Kami masih belum dapat mengenal pasti identiti mangsa yang maut...,” kata Mgumba kepada pemberita lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata, bas mini yang membawa jasad dan waris itu dalam perjalanan menuju ke wilayah Kilimanjaro untuk upacara pengebumian sebelum bas itu bertembung dengan sebuah trak. - Bernama