Warga emas jawab peperiksaan selepas 37 tahun

KUALA NERUS - Ketika kebanyakan rakan seusianya menghabiskan masa bermain dengan cucu, dua pelajar warga emas Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) masih bergelumang dengan pen dan kertas bagi menjawab peperiksaan akhir semester di universiti itu yang bermula pada Jumaat.
M Krishnan, 77 dan R Ramesh, 56 mengambil peperiksaan bagi Ijazah Sarjana Muda Undang-undang selepas mendaftar di universiti itu pada Oktober tahun lalu.
Menurut Ramesh, walaupun berasa sedikit tekanan kerana sudah lama tidak menduduki peperiksaan, namun dia tetap tenang dan boleh menjawab dengan baik.
“Kali terakhir saya duduki peperiksaan adalah 37 tahun lalu iaitu pada 1986 untuk peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan hari ini (Jumaat) saya kembali ke dewan untuk peperiksaan pertama saya untuk Ijazah pula," katanya.