MBSA ceriakan penghuni rumah kebajikan

Nor Fuad (kanan) menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper kepada setiap penghuni dengan harapan mereka tidak merasa terpinggir
Nor Fuad (kanan) menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper kepada setiap penghuni dengan harapan mereka tidak merasa terpinggir
A
A
A

SHAH ALAM - Keceriaan terpancar pada wajah 35 penghuni Rumah Persatuan Kebajikan Ci Hang-Chempaka Selangor, Kampung Baru Subang di sini apabila mendapat kunjungan pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Kunjungan diketuai Datuk Bandar Shah Alam, Dr Nor Fuad Abdul Hamid bersama Timbalannya, Ir. Cheremi Tarman dan Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 17, Oii Haw Voon serta Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam, Asmah Mohd Zin.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, tujuan kunjungan MBSA adalah untuk menceriakan insan-insan yang menginap di rumah kebajikan tersebut sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

"Kunjungan juga merupakan sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) iaitu Kesihatan Baik dan Kesejahteraan (SDG 3), Bandar dan Masyarakat Mampan(SDG 11), dan Keamanan, Keadilan dan Pertubuhan Kukuh (SDG 16).

"Pihak MBSA akan meneruskan usaha-usaha untuk menyantuni golongan yang memerlukan sejajar dengan komitmen untuk menjadikan MBSA sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) yang prihatin," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambahnya, Nor Fuad menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper kepada setiap penghuni dengan harapan mereka tidak merasa terpinggir ketika masyarakat Cina masih lagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.