[VIDEO] Bersatu tidak terima sebarang dana pakej rangsangan: Muhyiddin

Muhyiddin
Muhyiddin
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan partinya tidak menerima sebarang wang atau dana daripada pakej rangsangan ekonomi yang diwujudkan ketika beliau menerajui kerajaan sebelum ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, dakwaan yang ditimbulkan beberapa pihak sebelum ini jelas tidak benar sama sekali.

"Saya ingin mengulangi penegasan saya bahawa Bersatu tidak menerima sebarang wang daripada dana pakej rangsang ekonomi bernilai RM92.5 billion seperti didakwa sesetengah pihak.

"Dasar yang ditetapkan Bersatu jelas bahawa setiap sumbangan parti mesti dimasukkan ke dalam akaun parti. Tidak ada sumbangan dana politik yang masuk ke dalam akaun peribadi saya atau pegawai, mana-mana organisasi yang mempunyai kepentingan oleh saya," katanya ketika sidang akhbar selepas selesai Pemukiman Ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional (PN) di salah sebuah hotel di sini pada Khamis.

Muhyiddin turut memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan siasatan di Bersatu Bahagian Pagoh iaitu kawasan yang dipimpinnya.

"Kita tidak ada di sini (Kuala Lumpur), dia (SPRM) pergi ke sana (Bersatu Pagoh). Itu tugas dia tidak apalah," katanya.

Muhyiddin (kanan) menunjukkan poster senarai ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional sebaik selesai sesi pemukiman di salah sebuah hotel di sini pada Khamis,
Muhyiddin (kanan) menunjukkan poster senarai ahli Dewan Rakyat Perikatan Nasional sebaik selesai sesi pemukiman di salah sebuah hotel di sini pada Khamis,

Sinar Harian pada Rabu melaporkan akaun Bersatu dibekukan sehari selepas parti itu mendedahkan penyata akaunnya kepada umum.

Pembekuan itu disahkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Menurutnya, akaun parti berkenaan dibekukan sejak dua minggu lalu bagi memudahkan siasatan yang dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan.

Pada awalnya pembekuan berkenaan dipercayai ada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap dana dana rangsangan kerajaan, berjumlah RM92.5 bilion semasa pandemik Covid-19 dan didakwa diselewengkan.

ARTIKEL BERKAITAN: PN lancar kabinet bayangan

ARTIKEL BERKAITAN: Siasatan parti politik: Kerajaan tidak campur tangan

ARTIKEL BERKAITAN: Beku akaun Bersatu: Tak jejaskan Pas sebagai rakan gabungan

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan jadikan beku akaun 'motif politik' lumpuhkan Bersatu

ARTIKEL BERKAITAN: Bersatu hantar surat mohon SPRM batal pembekuan akaun

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO]Bersatu tidak terima sebarang dana pakej rangsangan: Muhyiddin

ARTIKEL BERKAITAN: Beku akaun: Bersatu jamin beri kerjasama penuh - Muhyiddin