PN lancar kabinet bayangan

Senarai kabinet bayangan diumum Muhyiddin sebaik selesai Pemukiman Ahli Dewan Rakyat PN di salah sebuah hotel di sini pada Khamis.
Senarai kabinet bayangan diumum Muhyiddin sebaik selesai Pemukiman Ahli Dewan Rakyat PN di salah sebuah hotel di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) pada Khamis melancarkan senarai kabinet bayangan atau Jawatankuasa Portfolio Ahli Dewan Rakyat gabungan itu.

Senarai itu dilancarkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaik selesai Pemukiman Ahli Dewan Rakyat PN di salah sebuah hotel di sini pada Khamis.

Berdasarkan senarai itu, Muhyiddin dilantik sebagai ketua, manakala Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengisi jawatan sebagai timbalan kepada Ahli Parlimen Pagoh itu.

Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin pula kekal sebagai Ketua Pembangkang.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula kekal menerajui Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim seperti yang disandang beliau ketika dalam kerajaan sebelum ini.

Turut dikekalkan dalam portfolio sama ketika dalam kerajaan sebelum ini adalah Ahli Parlimen Beluran yang kuga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Beliau sebelum ini menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang kini dijenamakan semula kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad juga turut dikekalkan dalam portfolio Mwnteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Putrajaya yang juga bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin pula ke Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik menerajui Kementerian Dalam Negeri.

Secara keseluruhan PN menyenaraikan 26 senarai kementerian dan ahli kabinet kerajaan bayangan itu.