Covid-19 rekod 251 kes baharu

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 251 kes baharu Covid-19 pada Selasa menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 5,036,593.

Berdasarkan data daripada portal KKMNow, tiada kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kekal 36,403 kes daripada lebih lima juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Sementara itu, KKM turut mencatatkan sejumlah 9,790 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dengan 9,374 pesakit kuarantin di rumah manakala 401 menerima rawatan di hospital.

Data itu juga menunjukkan, sejumlah 15 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, sembilan kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, tiada kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh di negara ini kekal sebanyak 4,989,861.

Ikuti perkembangan semasa mengenai Covid-19 di sini!