Rasuah wang, tiket penerbangan, pengarah syarikat ditahan SPRM

SPRM menahan seorang pengarah syarikat yang dipercayai memberi rasuah dalam bentuk wang dan tiket penerbangan ke luar negara bernilai lebih RM40,000, pada Isnin. - Gambar hiasan
SPRM menahan seorang pengarah syarikat yang dipercayai memberi rasuah dalam bentuk wang dan tiket penerbangan ke luar negara bernilai lebih RM40,000, pada Isnin. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengarah syarikat yang dipercayai memberi rasuah dalam bentuk wang dan tiket penerbangan ke luar negara bernilai lebih RM40,000, pada Isnin.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia lingkungan lewat 40-an itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini selepas dipercayai memberi rasuah kepada beberapa pegawai sebuah agensi keselamatan berkaitan teknologi sebagai balasan membantu mendapatkan kontrak kerja kepada syarikatnya.

Menurutnya, beberapa pegawai agensi itu juga disyaki bersubahat dengan pengarah syarikat berkenaan dalam mengagihkan kontrak kepada beberapa syarikat antara tahun 2015 dan 2020.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim yang mengesahkan penahanan pengarah syarikat itu ketika dihubungi pada Selasa berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009. - Bernama