Bonceng motosikal 20km tanam bayi baru lahir

Lokasi kejadian di mana mayat bayi baru lahir itu ditanam.
Lokasi kejadian di mana mayat bayi baru lahir itu ditanam.
A
A
A

KULIM - [DIKEMASKINI] Seorang wanita sanggup membonceng motosikal sejauh 20 kilometer dengan kekasihnya semata-mata untuk menanam mayat bayi yang baru dilahirkan di Kampung Limau Manis malam tadi.

Sebelum itu, suspek melahirkan bayi berkenaan yang cukup sifat namun kemudian meninggal dunia di sebuah asrama di Prai kira-kira jam dua pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi Superintendan Safuan Md Nor berkata, suspek menghubungi kekasihnya berusia 19 yang merupakan seorang penganggur untuk membantu menguruskan mayat tersebut.

"Pasangan itu kemudian membawa mayat bayi itu dengan suspek lelaki menunggang motosikal kira-kira 20 kilometer sebelum menanamnya di satu kawasan semak di kampung limau manis jam 3 pagi. "

Bagaimanapun pada keesokan harinya, suspek mengadu sakit perut sebelum pergi ke Hospital Bukit Mertajam untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dijalankan, pihak hospital mendapati suspek baru bersalin dan telah memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

"Daripada siasatan dijalankan, suspek mengaku pernah melakukan hubungan seks bersama kekasihnya sebelum ini sehingga mengandung.

"Polis kemudiannya mengenal pasti kekasih suspek sebelum menahannya. Kekasih suspek kemudiannya diarahkan untuk menunjukkan lokasi di mana bayi itu ditanam,"katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kedua-dua pasangan berasal dari Sik akan disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

"Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun.

Mayat bayi tersebut dibawa ke Hospital Alor Setar untuk dibedah siasat," katanya.