Polis siasat pembakaran terbuka di Balai Polis Bandar Utama

Gambar tular yang memaparkan dakwaan pembakaran terbuka di Balai Polis Bandar Utama.
Gambar tular yang memaparkan dakwaan pembakaran terbuka di Balai Polis Bandar Utama.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis menyiasat dakwaan berlaku pembakaran terbuka di Balai Polis Bandar Utama sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, Unit Komunikasi Korporat Bukit Aman mengesan gambar berkaitan perkara itu yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun media sosial pada jam 3.34 petang Sabtu.

"Gambar itu memaparkan pembakaran terbuka dibuat di balai polis terbabit," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Mohamad Fakhrudin berkata, pihak polis khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya tidak pernah membenarkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di mana-mana premis atau tempat pada bila-bila masa sekalipun.

"Sehubungan itu, siasatan akan dijalankan bagi mengesan pelaku dan tindakan tegas akan diambil," katanya.