Pahang tubuh majlis perundingan perkukuh Kerajaan Perpaduan

Wan Rosdy dan Amirudin ketika mengadakan satu perjumpaan pada malam Khamis.
Wan Rosdy dan Amirudin ketika mengadakan satu perjumpaan pada malam Khamis.
A
A
A

KUANTAN - Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Pahang memperkukuhkan kedudukan kerajaan negeri melalui penubuhan majlis perundingan Kerajaan Pahang.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi PH Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi satu kenyataan bersama menjelaskan majlis terbabit akan menjadi platform perbincangan dan rundingan dasar ke arah menyelesaikan isu rakyat.

Menurutnya, ia juga dapat menjamin keutuhan dan kestabilan Kerajaan Perpaduan di Pahang untuk sepenuh penggal.

“Selain itu, kedua-dua parti ini juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan secara berkala bagi membincangkan gerak kerja secara bersama agar ia selari dengan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.

"Semangat musyawarah ini diharapkan dapat mengetepikan perbezaan politik dan memfokuskan segala usaha demi kebaikan rakyat Pahang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

.