Banjir: 286 mangsa dipindahkan ke 4 PPS di Rompin

Penduduk di beberapa kampung di daerah Rompin dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air. - Foto APM Pahang
Penduduk di beberapa kampung di daerah Rompin dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air. - Foto APM Pahang
A
A
A

KUANTAN - Seramai 286 mangsa banjir daripada 84 keluarga di Rompin dipindahkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 7.14 pagi Khamis.

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hujan lebat berterusan sejak Selasa menyebabkan beberapa kawasan kediaman di daerah itu dinaiki air.

Empat PPS yang telah dibuka di Balai Raya Bandar Perwira Jaya membabitkan tujuh mangsa, PPS Bukit Setajam (117 mangsa), Balai Raya Bukit Lepas, (40 mangsa) dan Balai Raya Rekoh pula seramai 122 mangsa.

Daripada jumlah 286 mangsa terdapat lapan bayi dan dua mangsa daripada orang kurang upaya, manakala 32 lagi adalah warga emas.

Sementara itu, berdasarkan maklumat laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan paras sungai di Rompin melepasi paras amaran pada jam 7.30 pagi.

Stesen Sungai Keratong di jam Bahau Keratong kini paras Arman iaitu 24.68 meter dan dalam trend menurun.

Tujuh sungai pula merekodkan paras waspada berikutan hujan lebat berterusan di beberapa daerah iaitu Kuantan, Pekan, Rompin, Maran dan Temerloh.