JPJ sita enam kenderaan di Gua Musang

JPJ Kelantan menyita enam buah kenderaan menerusi Ops Khas Motosikal Zon Gua Musang sempena Ops Bersepadu Musim Perayaan Tahun Baharu Cina pada Sabtu.
JPJ Kelantan menyita enam buah kenderaan menerusi Ops Khas Motosikal Zon Gua Musang sempena Ops Bersepadu Musim Perayaan Tahun Baharu Cina pada Sabtu.
A
A
A

GUA MUSANG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita enam buah kenderaan menerusi Ops Khas Motosikal Zon Gua Musang sempena Ops Bersepadu Musim Perayaan Tahun Baharu Cina di sini pada Sabtu.

Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, sitaan itu melibatkan dua buah kereta dan empat motosikal.

"Kesalahan yang dilakukan itu melibatkan kesalahan tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans serta kesalahan teknikal kenderaan.

"Pada masa yang sama, kami juga mengeluarkan 110 notis atas pelbagai kesalahan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, semasa operasi dijalankan dua individu telah ditahan positif dadah dan diserahkan kepada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ujarnya, orang awam diingatkan untuk terus mematuhi peraturan jalan raya bagi menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.