Upah warga Indonesia jaga kedai judi

Dua warga Indonesia yang ditahan dalam Ops Dadu Khas di sebuah premis di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, semalam.
Dua warga Indonesia yang ditahan dalam Ops Dadu Khas di sebuah premis di Jalan Pudu, Kuala Lumpur, semalam.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah premis judi online di Jalan Pudu, di sini, yang dipercayai baru beroperasi kira-kira seminggu diserbu polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, serbuan pada jam 8.20 malam bertindak hasil maklumat dan risikan.

Menurutnya, dua warga Indonesia termasuk seorang wanita berusia 32 tahun dan 33 tahun telah ditahan.

"Kedua-dua suspek ini dipercayai berperanan sebagai penjaga serta pembantu penjaga premis dengan menerima gaji sebanyak RM1,400 sebulan.

Serbuan di sebuah premis Jalan Pudu, Kuala Lumpur, membawa tangkapan dua warga Indonesia.
Serbuan di sebuah premis Jalan Pudu, Kuala Lumpur, membawa tangkapan dua warga Indonesia.

"Pelbagai barang dirampas antaranya 16 buah komputer riba, tetikus (16 unit), kabel pengecas (16 unit), modem wifi serta wang tunai berjumlah RM200," katanya kepada Sinar Harian.

Mendedahkan tentang modus operandi premis tersebut, Rohazah berkata, premis itu dibuka 24 jam setiap hari dan hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja masuk.

Tambahnya, pihaknya percaya terdapat seorang pengurus premis yang masih bebas memainkan peranan untuk mencari pelanggan yang terdiri daripada pelanggan lama.

Artikel Berkaitan:

"Perjudian online ini beroperasi dengan bayaran hanya menggunakan wang tunai yang perlu pelanggan bayar terlebih dahulu kepada penjaga kaunter. Kemudian, wang pertaruhan akan dimasukkan di setiap komputer riba pelanggan terbabit," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.