Seorang rakyat Malaysia cedera gempa bumi Taiwan

Anggota keselamatan Taipei Mass Rapid Transit (MRT) menutup pintu ke sebuah stesen di New Taipei City sebagai langkah berjaga-jaga selepas gempa bumi 6.1 magnitud melanda Taiwan hari ini. - FOTO AFP
Anggota keselamatan Taipei Mass Rapid Transit (MRT) menutup pintu ke sebuah stesen di New Taipei City sebagai langkah berjaga-jaga selepas gempa bumi 6.1 magnitud melanda Taiwan hari ini. - FOTO AFP
A
A
A

TAIPEI - TAIWAN.Gempa bumi berkekuatan 6.1 magnitud yang melanda Taiwan hari ini dilaporkan mencederakan dua orang termasuk seorang pelancong lelaki dari Malaysia yang ditimpa runtuhan batu.

Pegawai di jabatan bomba daerah Hualien berkata, pihaknya merancang untuk menghantar bantuan perubatan menggunakan helikopter penyelamat bagi merawat mangsa yang tercedera.

Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa tersebut melanda pada jam 1.01 petang (waktu tempatan) di kedalaman 19 kilometer di timur daerah Hualien.

Sementara itu di Taipei, bangunan pencakar langit turut bergoyang dan kanak-kanak sekolah yang panik dan lari bertempiaran meninggalkan kelas mereka di timur daerah Yilan.

"Gegaran tersebut berlaku selama 33 saat dan boleh dirasai di seluruh Taiwan, ia merupakan gempa pertama melebihi 6.0 magnitud tahun ini," kata Pengarah Pusat Seismologi, Chen Kuo-chang.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa turut menghentikan sementara perkhidmatan metro bagi membolehkan pemeriksaan dijalankan.

Sementara itu, Agensi Meteorologi Jepun memberi amaran penduduk yang tinggal berhampiran pantai dapat melihat beberapa kesan pada paras laut, namun mengatakan tiada bahaya tsunami.

Hualien pernah dilanda gempa bumi berkekuatan 6.4 magnitud pada tahun lalu yang mengorbankan 17 nyawa. - AFP

Artikel Berkaitan: