Warga Thailand maut tersepit

Mangsa maut akibat tersepit dalam kejadian itu.
Mangsa maut akibat tersepit dalam kejadian itu.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki warga Thailand maut akibat tersepit dalam kereta di jalan hadapan Masjid Kampung Bukit Setongkol pada Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, kemalangan kira-kira jam 12 tengah malam itu membabitkan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi xpander dan kereta jenis Perodua Viva.

Menurutnya, bomba menerima panggilan terbabit kira-kira 12.45 tengah malam dan 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, bergegas ke lokasi kejadian.

"Sampai di lokasi kejadian, didapati seorang lelaki dewasa tersepit dalam kenderaan Perodua Viva.

"Mangsa yang dikatakan warga Thailand itu disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan manakala pemandu kereta Mitsubishi xpander pula selamat," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: