Penunggang motosikal maut tercampak, digilis kereta

Keadaan motosikal yang ditunggangi mangsa remuk akibat kemalangan tersebut (kiri). Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan di KM11 di Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran Desa Murni pada Khamis.
Keadaan motosikal yang ditunggangi mangsa remuk akibat kemalangan tersebut (kiri). Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan di KM11 di Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran Desa Murni pada Khamis.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terbabit dalam kemalangan di Kilometer (KM) 11 di Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran Desa Murni di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.54 pagi itu, mangsa berusia 50 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Azhar Mohd Yusoff memberitahu, hasil siasatan yang dijalankan, penunggang motosikal itu terlanggar kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 yang dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Jerantut.

"Motosikal tersebut berada di bahu jalan laluan sama mengubah haluan masuk ke laluan utama hingga terlanggar bahagian tepi SUV terbabit.

"Penunggang motosikal kemudiannya terjatuh di atas jalan dan dilanggar pula sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, susulan kemalangan itu, seorang lelaki berusia 59 tahun telah hadir ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada jam 4.20 petang hari sama membuat laporan dan siasatan mendapati lelaki itu pemandu kereta Proton Saga terbabit.

"Siasatan lanjut diteruskan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil bagi membantu siasatan.

"Mereka boleh menghubungi talian 24 jam 09-2716086 atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Temerloh, Inspektor Nadia di talian 010-5726827," ujar beliau kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan: