Kuwak jadi pengantara bantu usahawan wanita terkesan banjir

Nor Ariati (empat dari kanan) dan Alifah (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada pengamal media Kelantan yang terjejas dengan banjir di Kota Bharu pada Khamis.
Nor Ariati (empat dari kanan) dan Alifah (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada pengamal media Kelantan yang terjejas dengan banjir di Kota Bharu pada Khamis.
A
A
A

KOTA BHARU - Kelab Keusahawanan Wanita Kelantan (Kuwak) mendedahkan seramai 2,000 usahawan wanita di negeri ini terkesan dengan banjir yang melanda beberapa kawasan di negeri ini pada Disember lalu.

Pengerusinya, Nor Ariati Salleh berkata, ia melibatkan usahawan dari jajahan Pasir Mas, Pasir Puteh, Rantau Panjang.

"Kebanyakan mereka yang terkesan ini melibatkan kedai, barangan dan pengangkutan yang ditenggelami banjir.

"Bagaimanapun, ada dalam kalangan mereka dipinggirkan terutama dari segi bantuan," katanya pada sidang akhbar di sebuah restoran di sini pada Khamis.

Sebelum itu, beliau bersama Timbalan Pendaftar Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesihatan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Alifah Adnan menyampaikan sumbangan kepada pengamal media Kelantan yang terjejas banjir.

Mengulas lanjut, Nor Ariati berkata, Kuwak memainkan peranan sebagai pengantaraan dalam membantu usahawan wanita di negeri ini bangkit semula daripada musibah tersebut termasuklah dari segi mendapatkan bantuan.

Ujarnya, ini kerana masih ada segelintir daripada pihak terlibat yang tidak mengetahui cara untuk memperoleh bantuan, rujukan, bimbingan dan sebagainya.

Nor Ariati berkata, keadaan itu boleh menyebabkan golongan tersebut tidak dapat menikmati pembiayaan seperti yang ditawarkan oleh bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat.

Artikel Berkaitan:

"Sedangkan dengan adanya pembiayaan ini, ia dapat memulihkan kembali perniagaan mereka," katanya.